Kebenaran bertabarruk daripada Rasulullah ﷺ

9505309201_60d1a730a3_oKebenaran bertabarruk daripada Rasulullah ﷺ

Adakah Rasulullah ﷺ membenarkan bertabarruk? Ya, seperti yang disebut dalam hadis-hadis di bawah.

1) Dalam hadis disebutkan: “Rasulullah ﷺ membahagi-bahagikan rambut Baginda ﷺ kepada para Sahabat supaya mereka beratbarruk dengannya (dengan rambut Baginda ﷺ itu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis daripada Anas: “Ketika Rasulullah ﷺ melihat Jamrah, Baginda ﷺ berkorban kemudian Baginda ﷺ meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kepada Abu Talhah.

Kemudian Baginda ﷺ meletakkan pencukur di rambut sebalah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata: Bahagi-bahgikan kepada orang ramai.” (Riwayat at-Tirmizi). Ubaidah berkata: “Kalulah aku memiliki sehelai rambut Baginda ﷺ,maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya.” (Riwayat al-Bukhari)

2) Abu Bakar berkata: “Aku melihat Khalid ibn Walid meminta rambut bahagian depan Nabi ﷺ, dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan kemudian menciumnya.”

Diketahui bahawa kemudian dia meletakkannya di qalansuwah (tutup kepala yang dikelilingi serban) miliknya dan selalu menang dalam peperangan. (Riwayat al-Waqi dalam al-Maghazi dan Ibn Hajar dalam al-Ishabah fi Tamyiz as-Sahabah)

3)Rasulullah ﷺ sendiri menjadikan air liur orang mukmin sebagai berkat untuk tujuan pengubatan, sebagaimana sabda Baginda ﷺ: “Dengan nama Allah atas tanah bumi kami, demi air liur sebahagian daripada kami, sembuhlah yang sakit pada kami, dengan izin Tuhan kami.” (Riwayat al-Bukhari)

4) Diriwayatkan ketika Rasulullah ﷺ baru shaja mendapat hadiah selendang pakaian yang cantik daripada seorang wanita tua, tiba-tiba datang orang lain meminta. Suasana agak riuh kerana perbuatannya. Sahabat yang meminta itu menjawab: “Aku memintanya kerana mengharapkan berkat dipakai oleh Nabi ﷺ dan aku ingin ia menjadi kain kafanku nanti.” (Riwayat al-Bukhari)

5) Al-Hafiz al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi ketika memberi komen tentang hadis Muslim tentang Rasulullah ﷺ membaca Mu’awwizatain, lalu meniupkannya ke kedua-dua telapak tangannya, lalu mengusapkannya ke seluruh tubuh yang dapat disentuhnya, mengatakan ia adalah bertabarruk dengan nafas dan air liur yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran seperti mana tulisan zikir-zikir yang ditulis pada beka untuk tujuan perubatan.

6) Rasulullah ﷺ dalam israk iaitu dari Baitul Haram ke Baitul Maqdis, di tengah perjalanan, turun dari buraq kemudian menunaikan solat di beberapa tempat tertentu, seperti di Thur Sina, di Baitul Laham (Betlehem, tempat kelahiran Nabi Isa a.s.), dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan dalam kitab hadis dan sirah (sejarah) Nabawiyyah.

………………………………………………………….

Semua dijemput hadir untuk bertabarruq dengan rambut رسول الله dan kesan tapak kaki رسول الله yang asli.

إن شاء الله

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sebarkan, semoga kita menjadi asbab untuk orang lain bertabarruk dengan رسول الله.

Tinggalkan Balasan

Alamat surel Anda tidak akan dipublikasikan.